Abby Abadi, pelakon terkenal mengesahkan
bahawa kemunculannya di Pentas Himpunan Pemuda Islam Rhu Rendang, di Pantai Rhu
Muda, Marang beberapa hari lalu bukan bermakna dia menyertai Pas.
Melalui akaun twitter miliknya, Abby meluahkan
rasa kecewa dengan pihak yang membuat cerita dan menyebarkan kononnya dia akan
menyertai parti PAS tidak lama lagi.
Abby menafikan pekara itu dengan
sekeras-kerasnya.
Sebalik, Abby menjelaskan, dia telah dijemput
untuk berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai hijrah dirinya ke arah yang
lebih baik.
Twitter di atas adalah Twitter Abby yang
menjelaskan dia tidak akan menyertai PAS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan