Jumaat, 30 Mac 2012

Bapa rantai anak ponteng sekolah


BATTAMBANG - Seorang bapa di Kemboja merantai leher seorang anak lelakinya pada sebatang tiang kayu elektrik di sini bagi menghukum remaja berkenaan yang ponteng sekolah untuk bermain permainan Internet, kata polis semalam.
Remaja berusia 13 tahun itu dirantai pada tiang elektrik sekitar dua jam.
Jirannya kemudian menghubungi pihak polis yang tiba di tempat kejadian bersama seorang tukang kunci untuk membebaskan mangsa.
"Si bapa amat marah apabila menemui anak lelakinya di sebuah kafe Internet dan bukan di sekolah sehingga dia sanggup merantai anaknya di khalayak sebagai pengajaran," kata Timbalan Ketua Polis Battambang, Cheth Vanny.
Menurutnya, mangsa turut dipukul oleh bapanya.
Bapa berusia 40 tahun itu, Sok Thoeun yang bekerja sebagai pemandu teksi motosikal melarikan diri selepas insiden berkenaan yang berlaku pada Selasa lepas.
Dia kini diburu polis kerana melakukan penderaan terhadap kanak-kanak.
"Dia sedang diburu," kata pegawai berkenaan.
"Penderaan seperti ini menyalahi undang-undang," tambahnya lagi.
Penggunaan Internet di Kemboja adalah antara yang terendah di Asia Tenggara dengan kurang 1.5 peratus daripada 14 juta penduduk Kemboja menggunakan kemudahan tersebut. - AF

P/s- Betulkah tindakan bapa tersebut? same2 lah kite renungkannya ye...

Mini kasino dalam kebun sayur


GEORGE TOWN - Siapa sangka di belakang sebuah bengkel membaiki kenderaan yang terletak di pinggir hutan dan dikelilingi kebun sayur di Kampung Batak, Sungai Ara di sini rupa-rupanya menempatkan sebuah mini kasino yang popular dalam kalangan kaki judi yang sudah berusia.
Bagi memastikan mini kasino yang terletak dua kilometer dari jalan besar itu selamat, sindiket judi haram yang mengoperasikan kegiatan itu mengupah beberapa orang tonto untuk mengawasi kawasan tersebut.
Malah kawasan terpencil itu juga dilengkapi sebanyak 16 buah kamera litar tertutup (CCTV). Antara lokasi CTTV yang dipasang termasuk di beberapa simpang jalan masuk ke mini kasino yang beroperasi selama 24 jam.
Namun setelah sebulan beroperasi, pada pukul 9.30 malam kelmarin, mini kasino yang dibina dengan khemah itu diserbu sepasukan polis dari Unit Pencegahan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman.
Serbuan itu dilakukan selepas beberapa anggota polis terpaksa menyamar sebagai kaki judi untuk masuk ke mini kasino itu.
Ketua operasi D7, Deputi Superintendan Tan Tin Heng berkata, pihaknya terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk membuat risikan kerana mini kasino itu diawasi CCTV dan tonto.
"Polis terpaksa mengumpul maklumat daripada orang awam dan membuat penyamaran sebelum membuat serbuan malam tadi (kelmarin)," kata beliau selepas serbuan itu.

P/s-Apa nak jadi dgn dunia sekarang, dulu di kebun org bercucuk tanam untuk cari rezeki...sekarang dalam kebun pun ade maksiat...dunia...dunia...dunia


RM25 Denda Tarian Tiang???


KUALA LUMPUR – Banyak pihak di negara ini mahu Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dipinda memandangkan beberapa kesalahan serta bentuk hukuman yang terkandung dalam akta tersebut dianggap sudah tidak realistik dan tidak sesuai diguna pakai pada masa kini.
Malah, bagi sesetengah daripada mereka, hukuman denda sebanyak RM25 yang dikenakan terhadap tiga wanita beragama Islam kerana berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai, Negeri Sembilan pada Sabtu lalu dianggap tidak setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan.
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainal Rijal Abu Bakar berkata, peruntukan undang-undang itu tidak realistik kerana kesalahan tersebut dianggap serius tetapi pesalah hanya dikenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum selama 14 hari.
Menurut beliau, hukuman yang dikenakan itu tidak setimpal dengan kesalahan moral yang dilakukan bagi mengatasi masalah sosial dan keruntuhan akhlak yang disifatkan semakin berleluasa pada masa ini.
“Jika hukuman itu dijatuhkan bertujuan untuk mendidik dan memberi pengajaran kepada pesalah, matlamat itu tidak dapat dicapai kerana denda yang dikenakan terlalu rendah.
“Pesalah tidak akan mengambil serius kesalahan mereka dan berkemungkinan mengulangi kesalahan yang sama pada masa hadapan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

P/s- Kalau hanya rm25 je...perkara ni takkan jadi pengajaran pd org lain, hari ini kn denda malam ni buat lagi...buat malu je...ketiga-tiga org melayu plak tu...ni la punca gejala sosial sekarang semakin menjadi-jadi...nauuzubillahiminzalik...

Khamis, 29 Mac 2012

37 tahun kayuh basikal hantar bekal

Hampir setiap hari sejak berpuluh tahun lalu, Saadiah Abdullah akan mengayuh basikal sejauh lima kilometer ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik untuk menghantar bekalan makanan kepada suaminya yang bertugas di balai itu.


Dia melakukannya demi kasih sayang dan kesetiaan kepada suaminya, Alias Nik Daud. Kini, selama 37 tahun selepas suaminya meninggal dunia dalam serang hendap komunis di Temenggor dekat sini pada 1975, beliau masih mengayuh basikal setiap hari kecuali jika tidak sihat untuk menghantar makanan.
Namun, kini makanan berkenaan bukan untuk suaminya, tetapi kepada sesiapa saja anggota polis yang bertugas di balai berkenaan.

P/s Semoga hidup Puan Saadiah Abdullah diberkatinya...tersentuh hati dengan nilai kasih syg yang ada pada diri beliau...

Rabu, 28 Mac 2012

Harga RON95 kekal RM1.90

 Harga petrol RON95 kekal RM1.90 seliter walaupun berlaku kenaikan harga bahan bakar itu id pasaran global ketika ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, harga itu dapat dikekalkan selepas kerajaan menambah subsidi sebanyak 10 sen bagi bulan ini iaitu kepada RM1.03 seliter.
"Langkah ini perlu bagi memastikan rakyat tidak dibebani kesan sampingan berikutan kenaikan harga minyak global.
"Kerajaan masih mengekalkan subsidi itu kerana kita tahu kalau tidak dikekalkan, harga barangan lain termasuk yang tidak ada kaitan dengan minyak akan naik sebab apabila kos pengangkutan meningkat, ia akan dimasukkan dalam harga barangan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan kementeriannya di sini hari ini

P/s Bila minyak naik,harga barang pun naik...alhamdulillah minyak tak jadi naik...TERIMA KASIH KERAJAAN

Budak Hilang Semakin Menjadi-jadi

 Kanak-kanak dan perempuan berusia sembilan hingga 22 tahun adalah paling ramai dilaporkan hilang oleh ibu bapa atau penjaga mereka sepanjang tahun lalu, membabitkan 726 daripada 1,097 orang.

Statistik Bukit Aman menunjukkan setakat ini, 406 daripada mereka termasuk 273 perempuan sudah ditemui semula, manakala 691 lagi termasuk 453 kanak-kanak dan remaja perempuan masih belum ditemui dan usaha mengesan mereka masih dijalankan.

 Hasil soal siasat ke atas mangsa yang sudah ditemui semula dan keluarga mangsa yang masih hilang mendapati kebanyakan mangsa hilang disebabkan lari dari rumah kerana mengikut teman lelaki selain tinggal berasingan bersama ibu atau ayah selepas berlaku perceraian.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin, berkata dalam tempoh itu remaja wanita berumur 14 hingga 17 tahun adalah paling ramai dilaporkan hilang, iaitu 333 kes dengan 147 daripada mereka sudah ditemui semula.

“Punca kehilangan kebanyakan kanak-kanak dan remaja perempuan adalah disebabkan lari mengikut teman lelaki sama ada rakyat tempatan atau warga asing, pengaruh rakan serta inginkan kebebasan kerana mahu lari dari masalah keluarga.

“Kejadian ini pasti tidak akan berlaku sekiranya semua pihak terbabit terutama ibu bapa, penjaga dan masyarakat bersama-sama memainkan peranan dengan memberikan perhatian bagi mendalami permasalahan yang dihadapi kanak-kanak dan remaja masa kini,” katanya.  

P/s Apa nak jadi dunia sekarang, Manusia dah hilang rasa keperimanusiaan...kanak2 kecil pun jadi mangsa..DUNIA INI SUDAH TIDAK SELAMAT...

Chong Wei penuhi hajat peminat

HAJAT ramai pihak menyaksikan kelibat Lee Chong Wei membantu Malaysia Tigers ‘menerkam’ Indonesia Garuda dalam perlawanan getir timbal balik separuh akhir kejohanan berpasukan termahal dunia - Piala Axiata - bakal dipenuhi jaguh perseorangan itu.

Namun, sama ada hajat itu termakbul atau tidak bergantung kepada kata putus doktor dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas pemain nombor satu dunia itu tidak menyembunyikan keinginan tinggi dan kesediaannya beraksi, Jumaat dan Ahad ini.



   “Saya sedia membantu Malaysia Tigers, tetapi segala-galanya bergantung kepada keputusan doktor dan BAM,” katanya selepas latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.
Pemain nombor satu dunia itu yang cedera bahu kanan ketika final Seluruh England 11 Mac lalu turut mengakui dia kini sudah menjalani rutin latihan biasa selepas hampir seminggu menjalani latihan ringan bagi memastikan otot-otot sekitar bahunya pulih.

“Bahu saya semakin pulih dan saya tidak lagi terasa sakit, malah saya kini boleh melakukan rutin latihan biasa termasuk melakukan smash,” kata pemain berusia 30 tahun itu yang terlepas saingan peringkat kumpulan kejohanan menawarkan hadiah keseluruhan AS$1 juta (RM3 juta) itu minggu lalu.

Sementara itu, jurulatih, Tey Seu Bock juga mengakui Chong Wei sudah pulih, tetapi anak didiknya itu masih tetap menjalani fisioterapi setiap hari bagi memastikan kecederaan benar-benar pulih serta tidak berulang.

“Dia sudah menjalani rutin latihan biasa termasuk melakukan latihan berat dan smash. Namun, kita perlu berhati-hati kerana kita tidak nampak apa yang berlaku di dalam. Mungkin esok (hari ini) dia akan bertemu doktor untuk menjalani pemeriksaan susulan dan mendapatkan kata putus sama ada boleh beraksi atau tidak di separuh akhir nanti,” katanya
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz dalam pemeriksaan awal sebelum ini menganggarkan pemain berusia 30 tahun itu memerlukan tiga hingga lima minggu untuk pulih daripada kecederaannya dan minggu ini masuk minggu ketiga.

P/s Tahniah Chong Wei...Tahniah jua untuk RAKYAT MALAYSIA :)

ALAHAI SAFEE SALI

Kemelut rumah tangga penyerang Harimau Malaya, Safee Sali berakhir apabila dia dan isterinya bersetuju untuk menyelesaikan masalah itu di luar mahkamah.
Perkara itu dimaklumkan peguam syarie, Norrasyada Osman yang mewakilinya pada prosiding sebutan permohonan perintah kembali taat difailkan oleh Safee terhadap Sabrina Yusof, di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.“Kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes ini dengan cara terbaik. Anak guam saya ingin menarik balik permohonan (perintah kembali taat),” katanya. Hakim Syarie Atras Mohamad Zin kemudian membenarkan permohonan itu selepas tiada bantahan dikemukakan peguam syarie, Junaidah Bakar yang mewakili Sabrina.Pada prosiding ringkas selama kira-kira lima minit itu, Safee dan Sabrina tidak hadir dan hanya diwakili peguam masing-masing.Difahamkan, Safee kini berada di negara ini.Manakala isterinya dikatakan berada di Kuching, Sarawak.

P/s Beginilah dugaan kalau orang dah popular...ape2 pun semoga perkahwinan mereka ini masih dapat diselamatkan...untuk Safee pula semoga dugaan berumah tangga ni tak terbawa2 kat padang ye...



Rabu, 21 Mac 2012

Mulut herot


 Pemimpin ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’, Ayah Pin yang ghaib selepas digempur pihak berkuasa kini muncul kembali, tetapi dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar dan hanya mampu berjalan dengan dipimpin orang.
Bagi mengubati penyakitnya itu, Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhammad, 75, kini dikatakan berulang-alik dari tempat tinggalnya di Batu 13, Hulu Besut ke Bachok untuk berurut dengan seorang tukang urut.
Setiap kali datang berurut, Ayah Pin ditemani dua isterinya serta seorang anak perempuan berusia belasan tahun dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna gelap.

Keadaan terbaru Ayah Pin itu disahkan adiknya, Abdul Rahman Muhamad, 64, yang kerap dikunjungi abangnya itu ketika datang berurut di Bachok.

P/s- Ayh pin..ayh pin, harap insaflah dgn ujian Allah bagi tu, bertaubatlah sebelum terlambat selagi Nyawa dikandung badan....