Harga petrol RON95 kekal
RM1.90 seliter walaupun berlaku kenaikan harga bahan bakar itu id pasaran global ketika ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, harga itu dapat dikekalkan selepas
kerajaan menambah subsidi sebanyak 10 sen bagi bulan ini iaitu kepada
RM1.03 seliter.
"Langkah ini perlu bagi memastikan rakyat tidak dibebani kesan sampingan berikutan kenaikan harga minyak global.
"Kerajaan masih mengekalkan subsidi itu kerana kita tahu kalau tidak
dikekalkan, harga barangan lain termasuk yang tidak ada kaitan dengan
minyak akan naik sebab apabila kos pengangkutan meningkat, ia akan
dimasukkan dalam harga barangan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan kementeriannya di sini hari ini
P/s Bila minyak naik,harga barang pun naik...alhamdulillah minyak tak jadi naik...TERIMA KASIH KERAJAAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan