P/s Semoga hidup Puan Saadiah Abdullah diberkatinya...tersentuh hati dengan nilai kasih syg yang ada pada diri beliau...
Janganlah anda menjadi buih yang pecah apabila melanda pantai, tetapi jadilah angin yang sanggup melahirkan gelombang.
Khamis, 29 Mac 2012
37 tahun kayuh basikal hantar bekal
Hampir setiap hari sejak berpuluh tahun lalu, Saadiah Abdullah
akan mengayuh basikal sejauh lima kilometer ke Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Gerik untuk menghantar bekalan makanan kepada suaminya yang
bertugas di balai itu.
Dia melakukannya demi kasih sayang dan kesetiaan kepada suaminya, Alias
Nik Daud. Kini, selama 37 tahun selepas suaminya meninggal dunia dalam
serang hendap komunis di Temenggor dekat sini pada 1975, beliau masih
mengayuh basikal setiap hari kecuali jika tidak sihat untuk menghantar
makanan.
Namun, kini makanan berkenaan bukan untuk suaminya, tetapi kepada sesiapa saja anggota polis yang bertugas di balai berkenaan.
P/s Semoga hidup Puan Saadiah Abdullah diberkatinya...tersentuh hati dengan nilai kasih syg yang ada pada diri beliau...
P/s Semoga hidup Puan Saadiah Abdullah diberkatinya...tersentuh hati dengan nilai kasih syg yang ada pada diri beliau...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan