Kemelut rumah tangga penyerang Harimau Malaya, Safee Sali
berakhir apabila dia dan isterinya bersetuju untuk menyelesaikan masalah
itu di luar mahkamah.
Perkara itu dimaklumkan peguam syarie, Norrasyada Osman yang
mewakilinya pada prosiding sebutan permohonan perintah kembali taat
difailkan oleh Safee terhadap Sabrina Yusof, di Mahkamah Rendah Syariah
di sini, semalam.“Kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes ini dengan
cara terbaik. Anak guam saya ingin menarik balik permohonan (perintah
kembali taat),” katanya. Hakim Syarie Atras Mohamad Zin kemudian membenarkan permohonan
itu selepas tiada bantahan dikemukakan peguam syarie, Junaidah Bakar
yang mewakili Sabrina.Pada prosiding ringkas selama kira-kira lima minit itu, Safee dan Sabrina tidak hadir dan hanya diwakili peguam masing-masing.Difahamkan, Safee kini berada di negara ini.Manakala isterinya dikatakan berada di Kuching, Sarawak.
P/s Beginilah dugaan kalau orang dah popular...ape2 pun semoga perkahwinan mereka ini masih dapat diselamatkan...untuk Safee pula semoga dugaan berumah tangga ni tak terbawa2 kat padang ye...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan