BERA: Malaysia satu-satunya negara di Asia yang masih mengekalkan harga petrol RON95 RM1.90 seliter, meskipun berlaku kenaikan harga di pasaran antarabangsa.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan tidak pernah berhasrat memberhentikan subsidi bahan api itu. “Jika tidak diberi subsidi, harga petrol naik RM2.93 seliter dan ini membebankan rakyat,” katanya selepas menyampaikan cek bantuan pembangunan kerajaan Pusat RM307,643.56 untuk diagihkan kepada 14 Sekolah Agama Rakyat di kawasan Parlimen Bera, semalam.
Tahun ini RM17 bilion peruntukan subsidi petrol, diesel dan Gas LPG berbanding RM15 bilion tahun lalu. – BERNAMA
P/s-Kat indon sekarang telah berlaku demonstrasi atau tunjuk perasaan besar2a seluruh negaran sbb kenaikan minyak ni, syukur lah mat indon n mek indon kat malaysia ni...alhamdulillah negara kita harga minyak tak naik..terima kasih PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan