KUALA LUMPUR: Bagai membunuh kandungannya sendiri, namun masih memilih untuk menguruskan janin mengikut kaedah Islam.
Itu pilihan rata-rata ibu muda terlanjur yang memilih pakej
ditawarkan dalam perkhidmatan mengugurkan kandungan secara haram di
beberapa klinik swasta di ibu kota pada harga RM1,800 hingga RM2,000
mengikut usia kandungan.
Dengan berselindung di sebalik papan tanda hospital bersalin,
beberapa klinik swasta di ibu kota kini dikesan ‘memancing’ pelanggan
dengan menyediakan perkhidmatan menggugurkan kandungan secara haram
bersama khidmat uruskan janin mengikut kaedah Islam dengan mendakwa
mengupah seorang ‘ustaz’ pada harga RM100 setiap janin.
Hasil
tinjauan dan penyamaran wartawan Harian Metro di beberapa klinik swasta
mendapati klinik ini dilengkapi kemudahan wad dan didatangi pelanggan
saban hari tanpa mengira waktu.
Perkhidmatan menggugurkan kandungan secara haram itu difahamkan dilakukan jururawat kanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan