Jumaat, 6 April 2012

Abby Abadi Bertudung

Alhamdulillah bertambah seorang lagi artis negara kita sampai 'seru' bertudung, kan lebih manis kalau seorang wanita itu bertudung ye...semoga berubahan ini berkekalan la ye abby...amin

Tok Ayah ijab kabul tepi jalan

P/s- Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni, soal kawin diambil ringan, bila soal agama diambil ringan, mcm2 perkara tak baik akan timbul, mulalah menyesal, menangis air mata darah pun tak berguna....

Khamis, 5 April 2012

'Saya tak pernah goyah'

Najib yakin perubahan terajui negara 3 tahun disokong

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau tidak pernah goyah dalam komitmennya untuk membawa perubahan merentasi semua bidang sejak menerajui negara tiga tahun lalu, bersama kemakmuran, keselamatan dan demokrasi berkekalan bagi seluruh rakyat tanpa mengira kaum mahu pun agama. Perdana Menteri berkata, beliau bekerja untuk mentransformasi ekonomi negara supaya mampu menghadapi cabaran abad ke-21, dengan meningkatkan daya saing, mempertingkat pendapatan serta mengurangkan kadar pengangguran. 

Malah, beliau memansuhkan perundangan era kolonial yang menindas dan menggantikannya dengan undang-undang moden serta progresif yang melindungi hak serta kehidupan seluruh rakyat.

“Saya juga mendengar gesaan untuk lebih ketelusan dalam pilihan raya, mewujudkan suruhanjaya dwipartisan bagi meneliti proses pengundian dan memperkenal langkah seperti penggunaan dakwat kekal untuk mengurangkan kemungkinan berlaku penipuan dalam pemilihan.

“Ia adalah suatu proses evolusi, dan bukannya revolusi. Proses itu sebaiknya disokong serta digalakkan menerusi hubungan kekeluargaan negara yang bekerjasama membantu antara satu sama lain.

“Sebab itulah pada Sidang Kemuncak ASEAN minggu ini (di Phnom Penh), kami (pemimpin 10 negara terbabit) akan meletakkan sentuhan terakhir terhadap satu deklarasi bertajuk ‘Satu Komuniti, Satu Tujuan’.
“Ia adalah satu pengakuan amat nyata bahawa masa depan kita terletak dalam hubungan lebih rapat dan lebih erat, bersuara dengan satu nada dan satu matlamat dalam fikiran, pembangunan berterusan bagi ekonomi kita, masyarakat kita dan di atas semua itu demokrasi kita. Secara ringkas, ia adalah pendekatan yang sangat Asia, sangat ASEAN,” katanya dalam penulisan beliau bertajuk ‘The ASEAN Way Won Burma Over’ disiarkan melalui kolum ‘Opinion Asia’ The Wall Street Journal yang diterbitkan semalam.

Sebagai pemimpin negara Asia Tenggara yang tertua mengamalkan demokrasi, Najib berkata, beliau sentiasa berminat untuk berkongsi pengalaman Malaysia yang mendapati sejak mencapai kemerdekaan setengah abad lalu, pembaharuan secara lancar dan mantap adalah cara terbaik menjamin kestabilan berpanjangan di mana proses itu masih berterusan di Malaysia sehingga kini.

Dalam pada itu, beliau berkata, ASEAN berjaya memainkan peranan penting dalam membantu memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan politik, sekali gus menepis kritikan bahawa terlalu sedikit usaha dibuat untuk menggalakkan demokrasi serta hak asasi manusia.

Dalam konteks ini, katanya, contoh paling jelas adalah hubungan ASEAN dengan Myanmar, di mana negara anggota lebih memikirkan perkara itu sebagai sebuah keluarga berbanding persatuan.
iv>

Fakta Makanan


Malaysia Negara Paling Selamat Di Asia Tenggara Dan Ke-19 Dunia

PUTRAJAYA: Malaysia diiktiraf negara paling selamat di Asia Tenggara dan ke-19 di dunia menerusi laporan Indeks Keamanan Global (GPI) 2011, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata ia juga sekaligus membuktikan kesungguhan, komitmen dan kerja keras semua pihak khususnya pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi-agensi berkaitan.
“Ia termasuklah komitmen sukarelawan polis terlatih dari Angkatan Relawan Rakyat (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM),” katanya dalam kenyataan di sini Khamis.
Selain itu katanya pada tahun lepas, jenayah indeks keseluruhan turut mencatat penurunan sebanyak 11 peratus berbanding tahun 2010, melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu lima peratus.
Sementara indeks jenayah jalanan pula mencatat penurunan sebanyak 40 peratus berbanding tahun 2009, iaitu selari dengan sasaran yang ditetapkan. — BERNAMA

Orang Kaya Di Dunia

10 Orang Terkaya di Dunia 2012 -

 Carlos Slim Helu taipan yang mengontrol perusahaan telekomunikasi Meksiko, America Movil SAB dinobatkan sebagai orang terkaya di planet ini. Dengan kekayaan bersih US$69 miliar, kakek 72 ini menyabet The World’s Billionaires Forbes yang dikeluarkan Rabu 7 Maret 2012.
Meski menyabet orang terkaya, sebenarnya kekayaan keluarga Slim turun US$5 miliar dari tahun lalu. Hal ini karena penurunan harga saham America Movil, perusahaan yang menyumbang lebih dari setengah dari kekayaan bersih Slim.
Bill Gates dan Warren Buffett dari AS, yang masing-masing memiliki US$61 miliar dan US$44 miliar, menempati posisi peringkat dua dan tiga. Kekayaan Gates datang dari Microsoft, raksasa perangkat lunak yang didirikannya, sedangkan Buffett dari raksasa investasi Berkshire Hathaway.
Berhard Arnault dari Perancis, pemilik produsen barang mewah LVMH, merupakan orang keempat terkaya dunia dengan nilai US$41 miliar. Lalu diikuti oleh Amancio Ortega, pemilik Zara dari Spanyol (US$37,5 miliar). Chairman Oracle Larry Ellison dari AS menempati urutan keenam (US$36 miliar).
Pendatang baru orang terkaya dunia adalah Alejandro Santo Domingo Davila dari Kolombia. Bujangan 35 tahun yang tinggal di New York City telah mengambil alih kerajaan bir ayahnya, dengan total kekayaan US$9,5 miliar.
Source : vivanews

Inilah 10 Negara Terkaya di Dunia 2012

Siapakah negara terkaya di dunia pada masa ini? Jika jawapan anda adalah China maka anda salah besar. Menurut laporan International Monetary Fund (IMF) 2010, Qatar lah merupakan negara yang paling kaya Di Bumi ini

Penentuan status ini berdasarkan jumlah pendapatan per kapita atau produk domestik kasar (KDNK) di mana Qatar mencatat pendapatan tahunan tertinggi di atas USD88 ribu.

Hanya saja perlu dicatat, angka-angka tersebut bukan merujuk pada penghasilan rata-rata penduduknya, melainkan jumlah dari ketersediaan barang dan perkhidmatan yang setanding dengan jumlah seluruh penduduk yang terdapat di negara tersebut.

Selain Qatar, ada beberapa negara lain dari benua Asia yang masuk di dalam urutan sepuluh negara terkaya di dunia diantaranya adalah Singapura dan Hong Kong.

Dan berikut urutan lengkapnya seperti dipetik Forbes Magazine, Isnin (12/3).

1. Qatar
Negara Arab ini berjaya mencapai pendapatan per kapita USD88.222, 9 juta per tahun dengan populasi penduduk sebanyak 1.8 juta orang.
2. Luxembourg
Luxembourg mencatat pendapatan per kapita tahunan rata-rata sebesar USD81.466, 2 juta dengan jumlah penduduk 502 ribu jiwa.
3. singapura
Negara yang termasuk dalam kawasan Asia Tenggara ini mempunyai pendapatan per kapita sebanyak USD56.694, 8 juta, dengan jumlah penduduk 4.9 juta orang.
4. Norway
Norway mempunyai pendapatan per kapita rata-rata USD51.959, 6 juta per tahun, dengan jumlah penduduk 4.9 juta orang.
5. Brunei Darussalam
Brunei menduduki peringkat kelima negara terkaya dengan pendapatan per kapita rata-rata USD48.333, dan mempunyai populasi penduduk hanya 388 ribu jiwa.
6. Emiriah Arab Bersatu
Amiriah mencatat pendapatan per kapita tahunan rata-rata sebesar USD47.439, dengan jumlah populasi penduduk 8.2 juta orang.
7. Amerika Syarikat (AS)
Kuasa besar dunia dn ini meduduki tangga ke tujuh dengan pendapatan per kapita mencapai USD46.860, dengan jumlah penduduk 313 juta orang

8. Hong Kong
Pendapatan per kapita Hong Kong rata-rata mencapai USD45.944, dengan populasi menduduk tujuh juta orang.
9. Switzerland
Rata-rata pendapatan per kapita USD41.950 atau, jumlah penduduk 7.7 juta orang.
10. belanda
Pendapatan per kapita rata-rata bernilai USD40.973 a, dengan jumlah penduduk 16 juta orang.



Rabu, 4 April 2012

Hanya Malaysia Kekal Harga Petrol

BERA: Malaysia satu-satunya negara di Asia yang masih mengekalkan harga petrol RON95 RM1.90 seliter, meskipun berlaku kenaikan harga di pasaran antarabangsa.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan tidak pernah berhasrat memberhentikan subsidi bahan api itu. “Jika tidak diberi subsidi, harga petrol naik RM2.93 seliter dan ini membebankan rakyat,” katanya selepas menyampaikan cek bantuan pembangunan kerajaan Pusat RM307,643.56 untuk diagihkan kepada 14 Sekolah Agama Rakyat di kawasan Parlimen Bera, semalam.

Tahun ini RM17 bilion peruntukan subsidi petrol, diesel dan Gas LPG berbanding RM15 bilion tahun lalu. – BERNAMA

P/s-Kat indon sekarang telah berlaku demonstrasi atau tunjuk perasaan besar2a seluruh negaran sbb kenaikan minyak  ni, syukur lah mat indon n mek indon kat malaysia ni...alhamdulillah negara kita harga minyak tak naik..terima kasih PM

‘Jangan tangguh lagi’


KUALA LUMPUR: “Jangan bertangguh lagi, kami sudah penat menunggu. Kalau semua berpindah, projek pembangunan boleh dijalankan dan kami semua dapat menduduki rumah baru dengan cepat,” kata Ahmad Rahman, Pengerusi Rumah Pangsa Kampung Kerinchi.
Luahan itu disuarakan mewakili 433 pemilik rumah pangsa berkenaan yang kecewa dengan keengganan 34 penghuni lain keluar dari rumah mereka biarpun notis mengenainya dikeluarkan pihak berkuasa selepas tertangguh sejak hampir dua tahun lalu.

Katanya, keadaan itu tidak sepatutnya berlaku kerana pemaju menyediakan pampasan kepada pemilik rumah yang dibangunkan pada 1970 itu selain mereka ditawarkan tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sementara menanti projek siap.

“Kami tidak tahu apa lagi yang mereka mahu kerana semuanya disediakan. Sudah beberapa kali projek di sini tidak dapat dibangunkan kerana masalah ini dan kali ini, kami harap mereka bekerjasama.

“Pemaju juga komited menanggung kos perpindahan ke rumah transit sebanyak RM5,000 selain memasuki pangsapuri baru sebanyak RM8,000, ia satu tawaran yang berbaloi, jadi apa nak ditunggu lagi,” katanya selepas mengadakan perhimpunan aman di sini, semalam.

Ahmad berkata, bukan itu saja, pemaju turut menyatakan kesediaan mereka membeli semula unit kediaman yang enggan diduduki dengan harga RM143,000 dan membayar deposit untuk bekalan elektrik dan air sepanjang mereka tinggal di rumah transit PPR. Menurutnya, keengganan baki pemilik untuk berpindah dari kawasan itu menyebabkan penduduk yang bersetuju dengan rancangan pembangunan yang dibawa kerajaan terpaksa menunggu lebih lama, malah ada antara mereka sudah meninggal dunia tanpa sempat menduduki rumah baru.

“Ini yang kami kesalkan. Justeru, saya minta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas untuk memindahkan mereka kerana notis sudah dikeluarkan, malah mahkamah juga menetapkan kadar pampasan yang layak diterima,” katanya.

Ustaz’ urus janin


KUALA LUMPUR: Bagai membunuh kandungannya sendiri, namun masih memilih untuk menguruskan janin mengikut kaedah Islam.

Itu pilihan rata-rata ibu muda terlanjur yang memilih pakej ditawarkan dalam perkhidmatan mengugurkan kandungan secara haram di beberapa klinik swasta di ibu kota pada harga RM1,800 hingga RM2,000 mengikut usia kandungan.

Dengan berselindung di sebalik papan tanda hospital bersalin, beberapa klinik swasta di ibu kota kini dikesan ‘memancing’ pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan menggugurkan kandungan secara haram bersama khidmat uruskan janin mengikut kaedah Islam dengan mendakwa mengupah seorang ‘ustaz’ pada harga RM100 setiap janin.

Hasil tinjauan dan penyamaran wartawan Harian Metro di beberapa klinik swasta mendapati klinik ini dilengkapi kemudahan wad dan didatangi pelanggan saban hari tanpa mengira waktu.
Perkhidmatan menggugurkan kandungan secara haram itu difahamkan dilakukan jururawat kanan.

Selasa, 3 April 2012

Raja Nazrin kecewa bukan Islam main api agama


IPOH 3 April – Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah kecewa kerana garis sempadan menyentuh agama Islam mula dilanggar malah ada kalangan bukan Islam semakin lantang mencabar perkara berkaitan Islam melalui ungkapan dan kenyataan bernada mempersendakan syariat dan memperkecilkan aqidah umat Islam.
Baginda mahu supaya perbuatan melanggar sempadan agama lain secara keterlaluan dan terbuka ini dihentikan dan dicegah secara tegas kerana ia boleh mencetuskan tragedi buruk dalam negara.
"Bara keagamaan jangan dihidupkan, api keagamaan jangan dinyalakan, kelak nanti terbakar diri, kelak nanti terhangus negeri,” titah baginda semasa merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di sini hari ini.
Menurut baginda, perkara menyentuh syariat dan aqidah Islam yang disuarakan oleh ulama Islam terutama bagi menasihati umat Islam, kini dipersoalkan dan diperdebatkan secara terbuka oleh individu bukan Islam.
"Perbuatan tersebut nyata telah melanggar sempadan, telah melanggar adat resam beragama secara aman dan damai. Tatasusila menghormati agama lain, tidak memperkecilkan agama lain, tidak mencampuri urusan agama lain adalah merupakan tatasusila yang wajib dipatuhi,” titah baginda.
Raja Nazrin bertitah, perkara utama mengenai Islam yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh ditafsir secara harfiah sebaliknya ia perlu ditafsirkan secara holistik, dikaitkan dengan peruntukan lain yang berkaitan bagi memastikan tujuan sebenar peruntukan itu tidak dimanipulasi hingga menidakkan hak yang nyata kepada umat Islam.
"Islam adalah agama yang memiliki benteng perlindungan dan taraf keistimewaan mutlak dalam Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan dan keistimewaan yang termaktub di dalam Perlembagaan tidak sama sekali digunakan oleh umat Islam untuk bersifat angkuh, sombong dan bongkak terhadap agama lain, tidak juga dijadikan justifikasi oleh barisan pemimpin Islam dan ulama Islam di negara ini untuk bersifat ekstrem, menindas, menghina dan menyerang agama lain atau memusnahkan rumah ibadat warga bukan Islam,” titah baginda. - BERNAMA

Kerajaan penuhi janji


KUALA LUMPUR 2 April - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan yang menerajui negara pada hari ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab, amanah dan sentiasa menepati janjinya.
Beliau yang kini genap tiga tahun menjadi Perdana Menteri berkata, kerajaan pimpinannya bukan kerajaan populis semberono yang tidak bertanggungjawab terutama dalam merangka dasar dan membelanjakan wang negara.
‘‘Kita telah dan akan sentiasa berterus terang dengan rakyat tentang apa yang kita mampu dan apa yang kita tidak mampu lakukan, sebaliknya amat mudah bagi sesetengah pihak untuk menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala tanpa memikirkan kesannya,’’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2012 di Auditorium Perdana, Angkasapuri, di sini malam ini.