Khamis, 21 Februari 2013

Bekas Tunang Fizz Fairuz Hilang Ingatan


Kuala Lumpur: “Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan.
“Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan,” kata suami kepada bekas tunangan pelakon, Fizz Fairuz, 34, yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli (bukan nama sebenar), 40-an.

Itu permintaan Ramli kepada masyarakat agar tidak terus menyalahkan Fizz selepas kecewa tindakan ‘malu’ isteri keduanya yang menipu aktor terbabit sehingga mengadakan majlis pertunangan secara diam dengan pelakon itu, 10 Februari lalu.
Muka depan Harian Metro semalam melaporkan Fizz berasa tertipu dengan tindakan seorang wanita berusia 26 tahun yang mengakui dirinya belum berkahwin sebelum mereka bertunang di Kuantan, Pahang.

Namun, empat hari selepas bertunang, barulah Fizz mengetahui tunangnya itu isteri orang sejurus dimaklumkan kawan kepada adik wanita itu dan memutuskan hubungannya, Ahad lalu.

Ramli berkata, punca isterinya bertindak demikian kerana kesunyian berikutan kurang diberi perhatian selepas mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.

Suami Kena Tetak Isteri yg Ingkar Solat


Ampang: Lebih setahun dia menahan sabar dan memendam derita berikutan sikap panas baran isterinya, namun semua itu langsung tidak memberi kesan apabila wanita disayanginya bukan saja tidak insaf, malah semakin besar kepala.
Kemuncaknya, si suami menerima lebih 20 jahitan di kepala dan badan apabila isteri kesayangannya itu menetaknya dengan pisau pemotong daging di rumah mereka di Hulu Klang, di sini, kelmarin. 
Kejadian berlaku jam 2 petang selepas lelaki berusia 49 tahun itu menyuruh wanita berkenaan menunaikan solat dan mengawal sikap panas barannya.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian mangsa yang menjalankan perniagaan sendiri baru pulang ke rumah dan meminta isterinya yang berusia lewat 30-an menunaikan solat Zuhur.

“Tindakan mangsa menyebabkan isterinya berang sebelum memarahi lelaki terbabit dan pertengkaran berlaku di antara mereka.

Artis Bintang Realiti Dituduh Rogol kekasih


Beberapa minggu lalu industri hiburan kecoh apabila akhbar melaporkan seorang juara program realiti televisyen telah di reman selama enam hari bermula 5 Februari 2012 mengikut Seksyen 117 Kanun tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.
Artis yang dimaksudkan ialah protege kepada Ziana Zain iaitu Mohd, juara Mentor musim keempat. Dia didakwa merogol teman wanitanya. Jika sabit kesalahan, penyanyi berkenaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mohd terpaksa menanggung malu serta hilang segala tawaran pertunjukan pentas selepas mendakwa dianiaya seorang penyanyi wanita atas tuduhan tersebut.
Salah seorang ahli keluarga yang enggan disiarkan namanya berkata, ia adalah satu peristiwa yang cukup buruk dalam diri penyanyi berusia 25 tahun itu.

“Selepas pihak polis selesai menjalankan siasatan, Mohd bukan sahaja terpaksa menanggung malu malah semua aktiviti pertunjukan pentasnya dibatalkan.
“Malah pelantikan dia juga sebagai ikon Kementerian Pengajian Tinggi turut terjejas,” katanya.
Ujar ahli keluarga itu, Mohd benar-benar tidak menyangka penyanyi wanita itu berbuat demikian terhadapnya.

Tambahnya, lebih menyedihkan apabila ada pihak yang memanggil Mohd perogol selepas berita mengenai kejadian itu disiarkan menerusi akhbar serta laman-laman portal Internet.
“Dia amat malu dengan kejadian ini dan saya percaya ada hikmah yang berlaku,” jelasnya.
Dalam perkembangan berkaitan Mohd yang dibebaskan oleh pihak polis beberapa hari selepas siasatan selesai berhasrat untuk mengambil tindakan lanjut bagi membersihkan namanya. Dia dikatakan akan mengadakan satu sidang media khas bersama peguamnya selepas segala urusan polis dan pihak mahkamah selesai.

Respon Suami Bekas Tunang Fizz Fairuz



Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli (bukan nama sebenar), menyatakan yang Fizz Fairuz tidak bersalah berkisar pertunangan secara senyapnya dengan seorang wanita dari Kuantan bernama Azlyn Massiela.

Fizz mengetahui tentang perkahwinan tersebut dari kawan kepada adik Azlyn Massiela empat hari selepas pertunangan, lantas memutuskan pertunangannya Ahad lalu.

Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan. Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan.
Ramli yang berusia 40-an mendakwa, Azlyn bertindak demikian kerana kesunyian akibat kurang perhatian dari dirinya yang sering sibuk dengan perniagaan dan jarang meluangkan masa dengan Azlyn kerana tidak mahu perkahwinan mereka diketahui isteri pertamanya. Dia hanya berjumpa Azlyn beberapa kali dalam sebulan.

Wanita itu isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri kedua).Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya.

Ramli menambah, perkahwinan mereka tidak didaftarkan di mana-mana pejabat agama dalam negara, tetapi Azlyn masih isterinya yang sah. Ramli turut menyatakan yang dia menyediakan nafkah, tempat tinggal dan kenderaan untuk Azlyn, malah wanita itu turut menggunakan telefon bimbit miliknya untuk membuat temu janji dengan Fizz.

Ramli tidak menyalahkan Fizz langsung tentang apa yang terjadi, dan dia meminta masyarakat agar tidak terus menyalahkan Fizz.
Begitu pula ceritanya dari pihak usahawan yang mendakwa suami Azlyn. Nah, sekarang terserah pada anda untuk membuat penilaian.



Rabu, 20 Februari 2013

"No Komen"Almy


Kuala Lumpur: “Saya baru dapat tahu dia (Fizz) bertunang dengan isteri orang, tetapi saya tidak mahu masuk campur urusan mereka,” kata pelakon, Almy Nadia, 27, ketika ditanya mengenai perkembangan terbaru Fizz Fairuz.
Almy berkata, dia mendapat tahu perkhabaran itu beberapa hari lalu menerusi rakan namun baginya itu bukan urusannya.

Ditanya mengenai Fizz terkena buatan orang, Almy turut mengakui kemungkinan itu kerana sepanjang tujuh tahun Fizz menjadi kekasihnya, aktor itu tidak pernah berkelakuan sedemikian.
“Sebelum ini Fizz tidak pernah menunjukkan perkara pelik seperti apa sudah terjadi. Saya pernah menyuruhnya berubat, tetapi entahlah...,” katanya enggan mengulas lanjut.

AMah Lambung Bayi Bersalah diHukum 20 tahun penjara

Kuantan: Mahkamah Sesyen di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap pembantu rumah warga Indonesia selepas dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera anak lelaki majikannya yang berusia empat bulan Jumaat lalu.
Yuliana, 23, dari Aceh, Indonesia mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan, bergenang air mata selepas Hakim Mohd Azhar Othman menjatuhkan hukuman.
Dia yang memakai baju lokap ungu didakwa menghempas dan melambung Mohamed Hareez Mohamed Zamri sembilan kali yang boleh mendatangkan kematian kepada mangsa pada jam 7.45 pagi, 15 Februari lalu di rumah ibu bapa mangsa di nombor 7, Lorong Bukit Setongkol 38, Jalan Bukit Setongkol di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.
Bagi pertuduhan kedua, Yuliana dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiaya Mohamed Hareez menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa pada tarikh, lokasi dan masa sama yang boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau atau kedua-duanya.
p/s- semoga kanak-kanak terbabit selamat dan kembali sihat, dan semoga kejadian ini menjadi iktibar untuk kita semua.

Pengodam Jabatan Penerangan didedahkan


KUALA LUMPUR: Perbuatan menggodam laman web Jabatan Penerangan semalam, dipercayai didalangi individu dikenali sebagai `Sofea Hana’ yang dikatakan seorang wanita berusia 20-an dengan agenda anti-kerajaan kerana kecenderungannya yang sering menggodam laman kerajaan sejak awal tahun lalu.
Penggodam yang juga dikatakan penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) itu dikatakan pernah menceroboh laman seperti Jabatan Kehakiman, Parlimen, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Kegiatan Sofea ini didedahkan oleh seorang daripada penggodam yang aktif dan popular di dunia siber tanah air, Prince Zorro.

Menurut Prince Zoro, Sofea telah menggodam lebih 10 laman kerajaan setakat ini dan dijangka akan meneruskan perbuatannya jika pihak kerajaan tidak meningkatkan tahap keselamatan siber.

“Di kalangan komuniti penggodam tempatan, Sofea sememangnya dikenali kerana mempunyai kepakaran tinggi dan diketahui mempunyai sentimen anti-kerajaan yang kuat. Justeru, dia akan meneruskan perbuatannya selagi tidak dibendung,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, lebih membimbangkan hampir kesemua laman agensi kerajaan amat mudah untuk diceroboh memandangkan sistem keselamatan yang longgar termasuk kecenderungan penggunaan kata laluan yang sama oleh pentadbir laman kerajaan.

“Sofea menggunakan kebolehannya mendapatkan kata laluan untuk menceroboh laman terbabit menggunakan akaun pentadbir dan memasukkan apa saja program yang diingini, malah dia boleh mengubah keseluruhan reka bentuk laman berkenaan jika dia mahu,” jelasnya.

Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos ketika dihubungi berkata kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997 yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Saya jamin polis akan dapat mengesan suspek walaupun dia menggunakan identiti palsu atau cuba menyembunyikan alamat Internet Protocol (IP) kerana kita ada kaedah tertentu untuk menjejak suspek,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, dua kenyataan palsu disiarkan dalam sistem e-Akhbar dan e-Press laman web Jabatan Penerangan bertajuk 'Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan'.
p/s- Semoga orang yang bersalah segera ditangkap!

Fizz Fairuz Bertunang dengan Isteri Orang




Pertunangan Fizz Fairuz yang mencetuskan kontroversi sepanjang minggu lalu tidak bertahan lama selepas pelakon ini memutuskan ikatan tersebut pada Ahad lalu selepas rasa tertipu.

Wanita yang menjadi tunang beliau itu untuk smeinggu itu sebenarnya isteri kedua kepada seorang usahawan berusia 40an dan mereka bernikah di Thailand beberapa tahun yang lalu.

 “Saya benar benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” ujar Fizz Fairuz kepada Harian Metro hari ini.

“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku & kehidupan saya seolah olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun yang lalu,” tambahnya lagi.

“Khamis lalu, saya menerima mesej dari kawan kepada adik wanita tersebut & menjelaskan status sebenar. Malah saya juga sudah berjumpa dengan suami wanita itu pada Sabtu yang lalu”

Fizz Fairuz juga tidak menolak kemungkinan semua yang terjadi ketika ini merupakan buatan orang & Almy Nadia sendiri pernah menasihatkan beliau untuk berubat secara alternatif.

“Kepada semua, saya mohon maaf terutamanya Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Ini ujian terbesar sepanjang bergelar anak seni — kepada media kerana tidak menjawab panggilan kerana fikiran berserabut

p/s- Dunia Sekarang mcm2 boleh berlaku....


Sekitar Gambar pertunangan FIZZ FAIRUZ




Senarai 20 Orang TERKAYA di MALAYSIA 2013


SENARAI 20 ORANG TERKAYA DI MALAYSIA 2013
Robert Kuok Hock Nien (RM46.1 bilion) (Kerry Group/Kuok Group)
T Ananda Krishnan ( RM32.90 bilion) (Usaha Tegas)
Tan Sri Teh Hong Piow (RM13.73 bilion) (Public Bank)
Tan Sri Quek Leng Chan (RM11.09 bilion) (Hong Leong Group & Guoco Group)
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (RM10.6 bilion) (Al-Bukhary Foundation)
Tan Sri Lee Shin Cheng (RM10.56 bilion) (IOI Group)
Tan Sri Lim Kok Thay ( RM8.12 bilion) (Genting Group)
Puan Sri Lee Kim Hua (RM7.23 bilion) (Genting Group)
Tan Sri Tiong Hiew King (RM6.35 bilion) (Rimbunan Hijau)
Ong Beng Seng (RM4.016 bilion) (Hotel Properties Ltd)
Tan Sri Azman Hashim (RM3.84 bilion) (Arab-Malaysian Corp)
Tan Sri Yeoh Tiong Lay (RM3.467 bilion) (YTL Group)
Datuk Mokhzani Mahathir (RM2.669 bilion) (SapuraKencana Petroleum)
Tan Sri Vincent Tan (RM2.256 bilion) (Berjaya Group)
Datuk Desmond Lim (RM1.869 bilion) (Pavilion REIT)
Datuk Lee Yeow Chor (RM1.742.47 bilion) (IOI Group)
Lee Yeow Seng (RM1.699 bilion) (IOI Group)
Tan Sri Lau Cho Kun (RM1.697 bilion) (Hap Seng Consolidated)
Datuk Shahril Shamsuddin (RM1.64 bilion) (Sapura Group)
Datuk Shahriman Shamsuddin (RM1.64 bilion) (Sapura Group)

P/s Rezeki masing2, bersyukur pada yang ada :)

Dividen Tabung Haji Tertinggi dalam Sejarah


KUALA LUMPUR 7 Februari 2013. – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan dividen tabung haji sebanyak 8 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 iaitu yang tertinggi dalam sejarahnya. Ini merangkumi dividen tahunan sebanyak 6.5 peratus dan dividen khas Jubli Emas sebanyak 1.5 peratus.
Jikalau yang mana ada menyimpan di ASB boleh semak perbincangan hanya dikalangan pelabur ASB di Berita Semasa (DI SINI). Tetapi tidak semua memiliki akaun ASB. Di mana ada yang lebih gemar untuk menyimpan di akaun Tabung Haji.

Sejarah Dividen Tabung Haji 1994-2012

1994 : 9.5%
1995 : 9.5%
1996 : 9.5%
1997 : 9.5%
1998 : 8.0%
1999 : 8.0%
2000 : 5.5%
2001 : 3.25%
2002 : 3.5%
2003 : 4.0%
2004 : 4.3%
2005 : 4.5%
2006 : 4.75%
2007 : 5.0% + 2.0% Bonus
2008 : 5.0%
2009 : 5.0%
2010 : 5.5%
2011 : 6.0%
Dividen Tabung haji 2012 : 6.5% + 1.5 Bonus (Terkini)

Gaji Kakitangan Awam dan Elaun Perumahan Naik Lagi?


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji akkitangan awam 2013 sekitarRM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). Dan dijangka kenaikan gaji kakitangan awam + elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan.

Khamis, 7 Februari 2013

PM mahu penjawat awam fahami cabaran ekonomi global


PUTRAJAYA 8 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan mengharapkan kefahaman dan kerjasama penjawat awam untuk sama-sama mengharungi dan mendepani cabaran ekonomi global yang tidak menentu.

Tegas beliau, walaupun kerajaan berjaya mengeluarkan Malaysia daripada gelora ekonomi global, namun usaha perlu digandakan bagi memastikan tahun-tahun mendatang negara terus bebas daripada belenggu tersebut.

''Ingatlah bahawa apa yang kita lakukan hari ini sudah tentu akan mempunyai kesan jangka panjangnya. Kerajaan tidak rela Malaysia menjadi sebuah tragedi kewangan seperti negara Greece.

''Justeru kerajaan dalam membuat sesuatu keputusan, perlu memikirkan langkah terbaik yang mana pada satu masa perlu mendahulukan kepentingan rakyat tetapi dalam masa sama faktor-faktor lain tidak boleh dikesampingkan terutamanya kelestarian ekonomi negara atau dalam erti kata lainnya, keupayaan kewangan kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Najib berkata, untuk menjamin ekonomi negara tidak terkesan oleh senario ekonomi global yang tidak menentu, kerajaan perlu mengekalkan defisit fiskal negara di tahap 4.7 peratus pada tahun ini selepas berjaya mengurangkan dari 5.6 peratus pada 2010 kepada 5 peratus pada tahun lalu.

Menurut beliau, kerajaan telah melaksanakan semakan semula atau pelarasan gaji anggota perkhidmatan awam secara berkala dengan semakan gaji terakhir pada 2007 di mana penjawat awam diberi kenaikan antara 7.5 peratus hingga 35 peratus dengan kumpulan sokongan menikmati kenaikan sebanyak 35 peratus dan kumpulan tertinggi 7.5 peratus.
''Bagi menjayakan segala perubahan menerusi program-program transformasi kerajaan, peranan yang amat penting terletak di bahu penjawat awam keseluruhannya.

''Sudah tiba masanya kita bersama-sama mentransformasikan perkhidmatan awam supaya menjadi lebih cekap, responsif dan berani berubah, transformasi yang berasaskan landasan yang telah digarap dan dinukilkan amat memerlukan sokongan padu penjawat awam," katanya.

1.3 juta kenderaan dijangka tinggalkan ibu kota sempena raya Cina


KUALA LUMPUR 7 Feb. - Kira-kira 1.3 juta kenderaan dijangka bergerak meninggalkan ibu kota bermula esok, sempena cuti umum sambutan Tahun Baru Cina hujung minggu ini.
Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Salleh Yusup berkata pihaknya menjangkakan berlaku kesesakan terutama esok, di pinggir ibu kota menghala pintu keluar ke utara, selatan dan pantai timur.

Sehubungan itu, warga kota harus merancang perjalanan serta mengamalkan pemanduan berhemah, katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di Plaza Tol Sungai Besi, di sini hari ini. - BERNAMA

Selasa, 5 Februari 2013

Ahmadinejad berhasrat jadi angkasawan pertama Iran

DUBAI 5 Feb. - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semalam menyuarakan hasratnya untuk menjadi angkasawan pertama negara itu yang dihantar ke orbit sebagai mempamerkan kesungguhan Teheran meneroka program angkasa lepas.

Hasrat Ahmadinejad itu dinyatakan seminggu selepas kejayaan Iran menghantar seekor monyet ke ruang angkasa dan membawa haiwan tersebut pulang hidup-hidup.

Saya bersedia untuk menjadi rakyat pertama Iran dihantar ke angkasa oleh saintis negara ini," lapor agensi berita Mehr yang memetik kenyataan Ahmadinejad.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada beliau benar-benar serius untuk merealisasikan impiannya itu. - REUTERS

Kes Rafizi dedahkan penyata akaun NFC disebut semula 6 Mac


SHAH ALAM 4 Feb. - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 6 Mac ini untuk sebutan semula kes Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd. Rafizi Ramli dan seorang kerani bank yang menghadapi pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia).

Hakim G.Ramesh menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan peguam Evic Paulsen yang mewakili Mohd. Rafizi.Evic memohon tarikh sebutan baharu sementara menunggu proses rayuan Mohd. Rafizi di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan di bawah Akta Bafia itu.

Pada 23 November tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha menolak permohonan Mohd. Rafizi untuk mengetepikan pertuduhan itu selepas mendapati permohonan itu bersifat pramatang.

Mohd Rafizi memfailkan permohonan itu pada 10 September tahun lalu, atas alasan prosiding jenayah di Mahkamah Sesyen berkenaan bermotifkan politik.

Mohd. Rafizi, 36, mengaku tidak bersalah mendedahkan dokum
en penyata baki akaun pelanggan Public Bank Bhd iaitu National Feedlot Corporation (NFC), National Meat & Livestock Sdn. Bhd., Agroscience Industries Sdn. Bhd. dan Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang beliau mempunyai akses, kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya, pada 7 Mac lepas.
Mohd. Rafizi didakwa mengikut Seksyen 97(1) Akta Bafia yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kerani bank, Johari Mohamad, 42, juga mengaku tidak bersalah bersubahat dengan Mohd Rafizi pada tarikh dan di alamat yang sama. Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 112(1)© Akta Bafia, dan boleh dihukum menurut Seksyen 103 akta sama. - BERNAMA

Saman Air Percuma Ditolak


SHAH ALAM 4 Feb. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) untuk mengetepikan saman oleh 711 pengguna air di negeri itu.

Saman berkenaan melibatkan tuntutan air percuma oleh pengguna air meter pukal seperti yang dijanjikan dalam manifesto parti pembangkang dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) tetapi gagal ditunaikan oleh kerajaan negeri sehingga kini.

Bekas Tokoh Pas Salahkan Hadi


KUALA LUMPUR 4 Feb. - Kelantangan Karpal Singh yang berterusan mempertikai keputusan Majlis Syura Ulama Pas dalam isu kalimah Allah adalah disebabkan kelemahan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri selaku presiden parti itu.

Bekas Setiausaha Perhubungan Pas Selangor, Norman Toha berkata, Abdul Hadi 'bersalah' kerana bertindak membelakangkan Majlis Syura Ulama ketika bersetuju kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam pada 8 Januari lalu.




Katanya, walaupun Presiden Pas itu kemudian membuat pusingan 'U' pada 13 Januari selepas Majlis Syura Ulama membuat keputusan, tetapi ia sudah terlambat dan kini beliau terperangkap menyebabkan pemimpin DAP semakin biadab.

Lebih tidak bertanggungjawab jelas Norman, Abdul Hadi menjadikan UMNO sebagai kambing hitam dalam isu tersebut, sedangkan kontroversi kalimah Allah ditimbulkan sendiri rakan sekutunya dalam DAP iaitu Lim Guan Eng.

Rumah Mewah Shahrukh Khan


Mesti ramai yang kenal Shah Rukh Khan. Pelakon terkenal yang jarang kita dengar kontroversi-kontroversi. Kehidupan peribadi yang sangat jarang dikongsi bersama dengan peminat.



Dalam masa yang sama Shah Rukh Khan telah memiliki kekayaan dan kesenangan dari hasil titik peluhnya sebagai artis.





Wow mewahkan? berapelah agaknya semua ni kan hehehe...