Selasa, 5 Februari 2013

Bekas Tokoh Pas Salahkan Hadi


KUALA LUMPUR 4 Feb. - Kelantangan Karpal Singh yang berterusan mempertikai keputusan Majlis Syura Ulama Pas dalam isu kalimah Allah adalah disebabkan kelemahan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri selaku presiden parti itu.

Bekas Setiausaha Perhubungan Pas Selangor, Norman Toha berkata, Abdul Hadi 'bersalah' kerana bertindak membelakangkan Majlis Syura Ulama ketika bersetuju kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam pada 8 Januari lalu.




Katanya, walaupun Presiden Pas itu kemudian membuat pusingan 'U' pada 13 Januari selepas Majlis Syura Ulama membuat keputusan, tetapi ia sudah terlambat dan kini beliau terperangkap menyebabkan pemimpin DAP semakin biadab.

Lebih tidak bertanggungjawab jelas Norman, Abdul Hadi menjadikan UMNO sebagai kambing hitam dalam isu tersebut, sedangkan kontroversi kalimah Allah ditimbulkan sendiri rakan sekutunya dalam DAP iaitu Lim Guan Eng.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan