Ampang: Lebih setahun dia menahan sabar dan
memendam derita berikutan sikap panas baran isterinya, namun semua itu langsung
tidak memberi kesan apabila wanita disayanginya bukan saja tidak insaf, malah
semakin besar kepala.
Kemuncaknya, si suami menerima lebih 20
jahitan di kepala dan badan apabila isteri kesayangannya itu menetaknya dengan
pisau pemotong daging di rumah mereka di Hulu Klang, di sini, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 2 petang selepas lelaki
berusia 49 tahun itu menyuruh wanita berkenaan menunaikan solat dan mengawal
sikap panas barannya.
Sumber polis berkata, sebelum kejadian mangsa yang menjalankan perniagaan sendiri baru pulang ke rumah dan meminta isterinya yang berusia lewat 30-an menunaikan solat Zuhur.
Sumber polis berkata, sebelum kejadian mangsa yang menjalankan perniagaan sendiri baru pulang ke rumah dan meminta isterinya yang berusia lewat 30-an menunaikan solat Zuhur.
“Tindakan mangsa menyebabkan isterinya berang sebelum memarahi lelaki terbabit dan pertengkaran berlaku di antara mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan