Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali
sebagai Ramli (bukan nama sebenar), menyatakan yang Fizz Fairuz tidak bersalah
berkisar pertunangan secara senyapnya dengan seorang wanita dari Kuantan
bernama Azlyn Massiela.
Fizz mengetahui tentang perkahwinan tersebut
dari kawan kepada adik Azlyn Massiela empat hari selepas pertunangan, lantas
memutuskan pertunangannya Ahad lalu.
Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia
mangsa penganiayaan dan penipuan. Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia
isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan.
Ramli yang berusia 40-an mendakwa, Azlyn
bertindak demikian kerana kesunyian akibat kurang perhatian dari dirinya yang
sering sibuk dengan perniagaan dan jarang meluangkan masa dengan Azlyn kerana
tidak mahu perkahwinan mereka diketahui isteri pertamanya. Dia hanya berjumpa
Azlyn beberapa kali dalam sebulan.
Wanita itu isteri kedua dan diakui ia
kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta
keluarganya (keluarga isteri kedua).Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand
memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya.
Ramli menambah, perkahwinan mereka tidak
didaftarkan di mana-mana pejabat agama dalam negara, tetapi Azlyn masih
isterinya yang sah. Ramli turut menyatakan yang dia menyediakan nafkah, tempat
tinggal dan kenderaan untuk Azlyn, malah wanita itu turut menggunakan telefon
bimbit miliknya untuk membuat temu janji dengan Fizz.
Ramli tidak menyalahkan Fizz langsung tentang
apa yang terjadi, dan dia meminta masyarakat agar tidak terus menyalahkan Fizz.
Begitu pula ceritanya dari pihak usahawan yang
mendakwa suami Azlyn. Nah, sekarang terserah pada anda untuk membuat penilaian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan