KUALA LUMPUR 7 Feb. - Kira-kira 1.3 juta
kenderaan dijangka bergerak meninggalkan ibu kota bermula esok, sempena cuti
umum sambutan Tahun Baru Cina hujung minggu ini.
Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
Datuk Salleh Yusup berkata pihaknya menjangkakan berlaku kesesakan terutama
esok, di pinggir ibu kota menghala pintu keluar ke utara, selatan dan pantai
timur.
Sehubungan itu, warga kota harus merancang
perjalanan serta mengamalkan pemanduan berhemah, katanya pada sidang media
selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina
peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di Plaza Tol Sungai Besi, di sini
hari ini. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan