Pertunangan Fizz Fairuz yang
mencetuskan kontroversi sepanjang minggu lalu tidak bertahan lama selepas
pelakon ini memutuskan ikatan tersebut pada Ahad lalu selepas rasa tertipu.
Wanita yang menjadi tunang beliau itu untuk
smeinggu itu sebenarnya isteri kedua kepada seorang usahawan berusia 40′an dan mereka bernikah di Thailand beberapa tahun yang lalu.
“Saya
benar benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” ujar
Fizz Fairuz kepada Harian Metro hari ini.
“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku
& kehidupan saya seolah olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami
berkenalan setahun yang lalu,” tambahnya lagi.
“Khamis lalu, saya menerima mesej dari kawan
kepada adik wanita tersebut & menjelaskan status sebenar. Malah saya juga
sudah berjumpa dengan suami wanita itu pada Sabtu yang lalu”
Fizz Fairuz juga tidak menolak kemungkinan
semua yang terjadi ketika ini merupakan buatan orang & Almy Nadia sendiri
pernah menasihatkan beliau untuk berubat secara alternatif.
“Kepada semua, saya mohon maaf terutamanya
Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Ini ujian terbesar sepanjang
bergelar anak seni — kepada media kerana tidak menjawab panggilan kerana
fikiran berserabut
p/s- Dunia Sekarang mcm2 boleh berlaku....
Sekitar Gambar pertunangan FIZZ FAIRUZ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan