Kuala
Lumpur: Majikan di negara ini hanya perlu menanggung RM6,200 sebagai kos
penggajian Pekerja Domestik Indonesia (PDI) atau pembantu rumah Indonesia
daripada kadar baru RM8,000, yang diumumkan kelmarin.
Kementerian
Sumber Manusia menjelaskan, kadar baru itu adalah termasuk RM1,800 yang boleh
dibuat potongan gaji oleh majikan selama enam bulan.
“Ini bermakna kos perlu ditanggung majikan hanyalah RM6,200. Struktur kos diumumkan itu mengambil kira perbincangan bersama kerajaan Indonesia dan cadangan struktur kos yang dikemukakan oleh MRA (Agensi Pengambilan Pekerja Asing Malaysia) dan IRA (Agensi Pengambilan Pekerja Asing Indonesia) berjumlah RM8,500 hingga RM11,000,” kata kementerian dalam kenyataan, semalam.
Tetap kos ambil amah
Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan bersetuju menetapkan kos pengambilan pembantu rumah asing Indonesia pada kadar RM8,000 selepas mengambil kira kos yang wujud membabitkan kedua-dua negara.
Antara kos yang terbabit ialah latihan selama 200 jam, kos dokumen perjalanan, kos makanan dan penginapan pembantu rumah sebelum diserahkan kepada majikan, kos pengangkutan, kos pemeriksaan kesihatan serta bayaran kepada agensi pekerjaan di kedua-dua negara.
Hasil perbandingan
Kenyataan itu menambah, keputusan struktur kos baru itu juga sudah dibuat perbandingan dengan kos penghantaran pembantu rumah warga Indonesia ke beberapa negara penerima lain seperti Arab Saudi, Singapura, Taiwan dan Hong Kong yang secara purata adalah antara RM6,100 hingga RM8,900.
“Kos ini tidak termasuk kos lain yang dikenakan agensi pekerjaan di negara berkenaan,” katanya.
Katanya, Malaysia tidak mampu bersaing untuk menarik IRA supaya terus menghantar pembantu rumah ke negara ini jika kerajaan mengekalkan struktur kos RM4,511 di bawah memorandum persefahaman (MoU) 2011.
Bagi tempoh 1 Disember 2011 hingga sekarang, jumlah pembantu rumah Indonesia dibawa masuk hanya 290 orang. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan