Difahamkan, ‘kontrak’ pembunuh upahan adalah kes terpencil di
Malaysia namun sejak kebelakangan ini ia mula hangat diperkatakan semula
selepas beberapa kes kematian dikaitkan dengan mereka termasuk beberapa kes
berprofil tinggi.
Antaranya ialah kes membabitkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam
Diraja Malaysia (KDRM) Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri Datuk
Shaharuddin Ibrahim yang mati ditembak dua lelaki bermotosikal jam 8.15 pagi 26
April lalu ketika kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan Murano dinaikinya
berhenti di persimpangan lampu isyarat menghala Lebuh Wawasan di Putrajaya.
Menurut sumber, RM5,000 hingga RM15,000 adalah harga dikenakan pembunuh upahan bagi sasaran biasa. Namun, harga itu boleh mencecah ratusan ribu ringgit sekiranya sasarannya golongan kenamaan, berpangkat tinggi atau pun personaliti.

LOKASI pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam dipercayai angkara pembunuh upahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan