Selasa, 2 Julai 2013

Sertai tilawah sejak umur lapan tahun

Sertai tilawah sejak umur lapan tahun


Kuala Lumpur: Qariah Indonesia, Faridah Daud, yang menjadi antara 10 peserta pada hari ketiga Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-55 di sini malam tadi, mula memperdengarkan bacaannya kepada umum sejak berusia lapan tahun lagi.
Pernah bergelar juara qariah sebanyak lima kali di negaranya, ibu dua anak ini berkata, ini adalah kali pertama beliau menyertai tilawah peringkat antarabangsa dan berharap mendapat pengalaman baru untuk menjadikannya lebih mahir dalam menguasai bacaan kitab suci itu. 

Harum nama negara 

Saya harap penyertaan di Kuala Lumpur ini bukan setakat memberi pengalaman baru, tetapi juga menganggap ia tanggungjawab yang besar kerana saya membawa nama negara saya, katanya yang menguruskan sebuah sekolah pengajian al-Quran khusus untuk kanak-kanak di Bandung.

Selain Faridah, 40, sembilan lagi peserta malam tadi turut membabitkan enam qari dan tiga qariah negara lain.

Enam qari adalah Ali Hameed Ismael dari Iraq, Saif Nasir Saif Al-Shamsi (Oman), Mohammed Yunus Ali Khan (India), Thierno Souleymane Diallo (Guinea), Youssef Marwan Ad-Deek (Lebanon), Boughalab Ibrahim (Belgium), manakala tiga lagi qariah ialah Dayang Maidah Abd Rahman (Brunei), Habibah Yasen (Pakistan) serta Besima Dikic (Croatia).

Sempena tilawah kali ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga menganjurkan kuiz khas untuk pengunjung.
Seramai 10 pemenang akan dipilih setiap hari sepanjang program berlangsung. 


Sumber- Berita Harian 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan