Rabu, 19 Jun 2013

Budak kritikal disambar api

Kuala Terengganu: Seorang kanak-kanak kritikal selepas disambar api ketika bermain dengan peluntur cat di depan rumahnya di Kampung Tetambah, Manir di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, Ashraf Ramali, 7, bersama adiknya, Afifah, 6, dikatakan bermain botol mengandungi peluntur cat tanpa pengetahuan keluarganya. 
Anak ketiga daripada empat beradik itu dipercayai menyalakan pemetik api dan ia terus menyambar pakaiannya yang dipercayai terkena peluntur cat. 


Kejadian itu disedari bapanya, Ramali Said, 44, yang bergegas keluar dari rumah apabila mendengar jeritan kedua-dua beradik terbabit. Anak menggelupur Ramali berkata, sebaik keluar dari rumah, dia melihat anaknya menggelupur dan terbakar.
Kami tergamam dan mengambil kain sebelum menyelimutkan Ashraf yang sudah terbakar teruk, katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam. Ashraf kini dirawat di HSNZ manakala adiknya yang cedera ringan di muka menerima rawatan di klinik swasta.

Ramali berkata, doktor yang merawat anaknya memberitahu keadaan Ashraf agak kritikal kerana 75 peratus tubuhnya melecur dan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Hanya separuh mukanya yang tidak melecur manakala anggota badan lain terjejas teruk akibat kebakaran itu, katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan