Kuala Lumpur: Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), jika
dilaksanakan, haruslah dilakukan secara berperingkat, kata bekas Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Semuanya harus dilakukan secara berperingkat, perlahan-perlahan, bukan jumlah sepenuhnya sekali gus, bagi faedah rakyat, kata beliau kepada pemberita pada Forum CEO Yayasan Kepimpinan Perdana 2013 di sini, semalam.
Semuanya harus dilakukan secara berperingkat, perlahan-perlahan, bukan jumlah sepenuhnya sekali gus, bagi faedah rakyat, kata beliau kepada pemberita pada Forum CEO Yayasan Kepimpinan Perdana 2013 di sini, semalam.
Pakar ekonomi berpendapat, sekarang adalah masa sesuai
untuk melaksanakan GST sebagai sebahagian daripada usaha menambah pendapatan
kerajaan.
Ketua Pakar Ekonomi Malaysian Rating Corp Bhd, Nor Zahidi Alias, sebelum ini berkata, ketika kerajaan dilihat akan mempercepatkan pelaksanaan GST, langkah sampingan harus diambil untuk melindungi golongan berpendapatan rendah daripada menerima kesannya.
Keseluruhannya, pelaksanaan GST itu baik. Saya rasa kerja perhubungan awam perlu dilakukan lebih sedikit mengenai GST ini dan kita tidak harus bersikap terlalu idealistik dengan berkata ia tidak akan menyebabkan inflasi. Ia akan menyebabkan inflasi, tegas Nor Zahidi.
Mengenai sasaran kerajaan untuk mengurangkan lagi defisit fiskal dalam Bajet 2014, Dr Mahathir berkata, ia adalah langkah baik dan menunjukkan kerajaan sedang bergerak positif ke depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan