KUALA
LUMPUR 26 Jun - Hujan lebat petang semalam di sekitar Lembah Klang ternyata
melegakan orang ramai kerana mampu mengurangkan Indeks Pencemaran Udara (IPU)
di ibu negara.
Tinjauan Utusan
Malaysia hari ini mendapati, suasana segar semakin dirasai biarpun
langit dan beberapa bangunan pencakar langit masih diselubungi jerebu.
Seorang
peniaga, Rosmah Selamat, 30, berkata, cuaca hari ini semakin baik
berbanding hujung minggu lalu sehingga menyebabkan orang ramai mengurangkan
aktiviti di kawasan terbuka.
"Pelanggan
saya juga agak berkurangan sejak Isnin lalu, mungkin kerana mereka tidak keluar
dan berada di bahagian yang kurang terdedah dengan asap jerebu."Namun,
saya bersyukur kerana hujan petang semalam dapat mengurangkan tahap IPU di ibu
kota," kata peniaga buah-buahan di Jalan Masjid India itu.
Isnin
lalu, akhbar ini melaporkan masalah jerebu yang melanda ibu negara bukan
sekadar menjejaskan aktiviti di kawasan terbuka, malah operasi gerai makanan
turut berdepan situasi sama.
Terdapat
pengusaha yang memilih untuk memendekkan waktu operasi dan mengurangkan pilihan
makanan kerana mahu menutup lebih awal berbanding hari biasa.Sementara
itu, seorang pelancong dari Sabah, Johan Datu Samsul, 43, berkata,
dia hanya dapat bersiar-siar di Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman
hari ini selepas sudah beberapa hari berada di ibu kota.
"Saya
lihat cuaca hari ini sedikit baik, jadi mengambil peluang untuk bersiar-siar
berbanding sebelum ini saya hanya berada di kawasan tertutup," katanya.
Rakannya, Saimin
Damsik, 53, pula berkata, dia memilih untuk menggunakan pengangkutan awam
seperti transit aliran ringan (LRT) untuk bersiar-siar di ibu kota.
"Biarpun
cuaca semakin baik, saya berharap langkah ini dapat mengurangkan
pencemaran," katanya.
Dalam
pada itu, tinjauan turut mendapati, majoriti orang ramai masih memakai penutup
hidung dan mulut ketika berada di kawasan terbuka bagi mengurangkan risiko
dijangkiti penyakit. - Utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan