Rabu, 26 Jun 2013

Jenayah bekas koperal

Kuala Lumpur: Berbekalkan pengalaman bekerja sebagai anggota polis berpangkat koperal, seorang lelaki yang ditahan kerja bersama dua rakan jenayahnya menyamar sebagai penjawat awam pelbagai agensi untuk melakukan aktiviti jenayah di kawasan Cheras.
Taktik penyamaran mereka terbongkar awal pagi semalam hasil tindakan pantas Ketua Polis Balai Salak Selatan Baru, Inspektor Azmi Hashim bersama tiga anggota selepas mendapat maklumat daripada seorang pengurus kedai memproses ayam di Sungai Besi.

Dalam serbuan mengejut ke atas kumpulan suspek yang mengatur pertemuan berjumpa dengan mangsa di Taman Sungai Besi Indah jam 7 pagi semalam, ketiga-tiga suspek ketika itu menyamar sebagai pegawai jabatan imigresen dapat dicekup.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh, berkata ketika kejadian mangsa berada di kedainya sebelum didatangi tiga lelaki yang menggelar diri sebagai pegawai imigresen sebelum memeriksa premis itu.

Katanya, mereka kemudian meminta pengurus premis itu untuk berjumpa dengan mereka di sebuah stesen minyak berdekatan sejam kemudian dan kesempatan itu diambil mangsa untuk menghubungi Balai Polis Salak Selatan.

Sumber - Harian Metro Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan