Kehadiran
semua 89 ahli Parlimen pembangkang pada majlis angkat sumpah ahli Dewan Rakyat
semalam menunjukkan sistem demokrasi di negara ini diperakui pembangkang di
sebalik laungan tidak puas hati terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU-13).
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, dengan itu pembangkang pada masa depan tidak sepatutnya mempertikaikan lagi sistem pilihan raya atau demokrasi negara.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, dengan itu pembangkang pada masa depan tidak sepatutnya mempertikaikan lagi sistem pilihan raya atau demokrasi negara.
"Proses ini (angkat sumpah) menandakan sistem demokrasi di negara kita sudah diamalkan dengan baik dan kita pun termasuk pembangkang telah angkat sumpah taat setia, mematuhi undang-undang dan menghormati Perlembagaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis angkat sumpah ahli Dewan Rakyat di bangunan Parlimen di sini semalam.
Ditanya mengenai kekecohan yang dicetus segelintir pemimpin pembangkang sewaktu proses pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat, ahli Parlimen Semporna, Sabah itu berkata, perkara yang dipertikai hanyalah kecil dan sengaja diperbesarkan. -Kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan