Kuala Lumpur: Seorang wanita bernasib baik apabila
parang dilibas lelaki yang ingin menyamun terkena pada topi keledar dipakainya
dalam kejadian di Taman Batu Muda, di sini, Isnin lalu.
Dalam kejadian jam 9.30
malam itu, mangsa yang berusia 23 tahun baru turun dari motosikalnya untuk
membuka pintu pagar rumah sewanya.
Menurut sumber, tiba-tiba lelaki membawa parang menghampirinya menyebabkan mangsa menjerit ketakutan.
“Melihat
mangsa menjerit, suspek melibas parang dipegang ke bahagian kepala, mangsa
terselamat kerana masih memakai topi keledar,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan kejadian.
Sumber – Harian Metro Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan